CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Blog ini didedikasikan untuk pelajar-pelajar saya - dahulu, kini dan yang akan datang - yang mendorong saya untuk terus berusaha untuk melakukan sesuatu lebih dari kebiasaan untuk membantu kita semua mendapat hasil-hasil yang lebih dari kebiasaan.

Semoga usaha dan ikhtiar kita semua diberkatiNya


Created by OnePlusYou

Tuesday, March 23, 2010

NOTA VERSI BAHASA MELAYU

Alhamdulillah... siap juga nota sains versi Bahasa Melayu yang cikgu janjikan tempohari. Nota tersebut boleh di muat turun dari sini: NOTA SAINS TH4, NOTA SAINS TH5 dan NOTA SAINS TH6. Moga-moga ini akan menambahkan lagi kefahaman para pelajar.

Wednesday, March 17, 2010

INGAT 1 untuk BANYAK PERKARA!

Ingat dan boleh melukis semula gambar-gambar di bawah memberikan kita satu kelebihan dimana ianya akan lebih memudahkan kita untuk menjawab soalan yang berkaitan. Satu gambar membolehkan kita menjawab banyak soalan.

States of Matter


Acidic and Alkaline


Friday, March 12, 2010

Gunakan FORMULA 3C

Formula 3C ini cikgu gunapakai daripada idea kawan cikgu (cheminah sayang). Rasanya tidak salah berkongsi idea. Apa formula 3C tu?

C1 - CONTENG ; Garis/bulatkan katakunci, tambah maklumat supaya lebih jelas
C2 - CANTAS ; Potong/pangkah jawapan yang salah
C3 - CARI ; Pilih jawapan yang terbaik

Sila lihat contoh yang cikgu tunjukkan di sini .....

Wednesday, March 10, 2010

Sembang-sembang SAINS BAHAGIAN A

Seperti yang selalu cikgu beritahu, untuk menjawab soalan sains bahagian A, kita perlu ada pengetahuan tentang tajuk-tajuk yang disoal. Oleh itu murid-murid harus mengulangkaji tajuk-tajuk sains yang telah dipelajari terutama bagi tajuk-tajuk tahun 4, 5 dan 6. Untuk mendapatkan nota ringkas cikgu, sila klik SC NOTES Y4, SC NOTES Y5 dan SC NOTES Y6. Ianya adalah ringkasan daripada buku teks dan ada sedikit tambahan daripada sumber lain. Nota ini versi Bahasa Inggeris. Versi Bahasa Melayu masih dalam proses. Moga cikgu dapat menyiapkannya sebelum pertengahan tahun ini. InsyaAllah ....