CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »


Blog ini didedikasikan untuk pelajar-pelajar saya - dahulu, kini dan yang akan datang - yang mendorong saya untuk terus berusaha untuk melakukan sesuatu lebih dari kebiasaan untuk membantu kita semua mendapat hasil-hasil yang lebih dari kebiasaan.

Semoga usaha dan ikhtiar kita semua diberkatiNya


Created by OnePlusYou

Tuesday, November 27, 2012

Soalan Percubaan Sains Negeri-Negeri UPSR 2012

Soalan Percubaan Sains Negeri Perak
Soalan Percubaan Sains Negeri Selangor
Soalan Percubaan Sains Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Soalan Percubaan Sains Negeri Melaka
Soalan Percubaan Sains Negeri Sembilan
Soalan Percubaan Sains Negeri Johor
Soalan Percubaan Sains Negeri Pahang
Soalan Percubaan Sains Negeri Terengganu
Soalan Percubaan Sains Negeri Kelantan
Soalan Percubaan Sains Negeri Kedah
Soalan Percubaan Sains Negeri Perlis
Soalan Percubaan Sains Negeri Pulau Pinang
Soalan Percubaan Sains Negeri Sabah
Soalan Percubaan Sains Negeri Sarawak
Soalan Percubaan Sains Wilayah Persekutuan Labuan

Monday, April 12, 2010

INGAT 1 untuk BANYAK PERKARA (2)!

Phases of the Moon (1)

Cikgu namakan gambarajah ini 'fasa bulan pecah lapan'. Soalan berbentuk gambarajah seperti ini kerap ditanya. Sekiranya soalan yang dikemukakan menunjukkan matahari disebelah kanan, lukis saja gambar ini tetapi setelah siap, terbalikkannya supaya sama seperti gambarajah dalam soalan. Kedudukan dan rupabentuk bulan tetap sama!



Phases of the Moon (2)


Yang ini pula namanya 'Senario Gitu-gitu'. Tentu hairan mengapa cikgu namakan begitukan? Ianya mengingatkan cikgu pada tangan 'apek' dalam sitcom bersiri SENARIO. Bezanya lengkung tu terbalik.

Katakan soalan seperti dibawah dikemukan ....


Saturday, April 10, 2010

Apa yang penting ..... VARIABLES!!!!!

Kemahiran mencari dan mengenalpasti variables amat penting dalam menjawab soalan bahagian B. Banyak markah dapat diperolehi daripada kemahiran ini. Dimana VARIABLES????

  1. Dalam statement/penerangan soalan
  2. Daripada gambarajah
  3. Dalam table
  4. Dalam bar chart
  5. Dalam observation yang diberi

Thursday, April 8, 2010

Segalanya Mudah Kalau Tahu Caranya

Lama tak menulis ... Dalam kelas cikgu dapati masih ramai yang masih tidak tahu atau lupa teknik menjawab bagi bahagian B. Setiap kali menjawab, cikgu kena peringatkan semula. Ok ... disini cikgu dah buat satu nota ringkas untuk bahagian B. Sila klik Teknik Menjawab Bhg B. Ada lagi penjelasan yang akan menyusul ....

Tuesday, March 23, 2010

NOTA VERSI BAHASA MELAYU

Alhamdulillah... siap juga nota sains versi Bahasa Melayu yang cikgu janjikan tempohari. Nota tersebut boleh di muat turun dari sini: NOTA SAINS TH4, NOTA SAINS TH5 dan NOTA SAINS TH6. Moga-moga ini akan menambahkan lagi kefahaman para pelajar.

Wednesday, March 17, 2010

INGAT 1 untuk BANYAK PERKARA!

Ingat dan boleh melukis semula gambar-gambar di bawah memberikan kita satu kelebihan dimana ianya akan lebih memudahkan kita untuk menjawab soalan yang berkaitan. Satu gambar membolehkan kita menjawab banyak soalan.

States of Matter


Acidic and Alkaline


Friday, March 12, 2010

Gunakan FORMULA 3C

Formula 3C ini cikgu gunapakai daripada idea kawan cikgu (cheminah sayang). Rasanya tidak salah berkongsi idea. Apa formula 3C tu?

C1 - CONTENG ; Garis/bulatkan katakunci, tambah maklumat supaya lebih jelas
C2 - CANTAS ; Potong/pangkah jawapan yang salah
C3 - CARI ; Pilih jawapan yang terbaik

Sila lihat contoh yang cikgu tunjukkan di sini .....